10 Tips Cara Cerahkan Kulit Muka Dan Elakkan Masalah Jerawat

10 Tips Cara Cerahkan Kulit Muka Dan Elakkan Masalah Jerawat

Setiap perempuan inginkan kulit yang sihat, cerah berseri dan bersih dari jerawat. Disebabkan faktor seperti sinar matahari dan debu menjadikan kulit wajah kita nampak kusam dan tidak bermaya.

Di tambah pula dengan masalah jerawat akibat daripada debu dan kekotoran yang masuk ke rongga kulit muka kita. Sesetengah orang mungkin tidak ada masalah dengan kulit muka mereka, tetapi bagi yang sering mengalami masalah ini pasti serabut nak menjaga muka.

Jadi, hari ini saya nak bagi tips penjagaan muka supaya kulit muka anda jadi lebih cerah berseri serta mengelakkan masalah jerawat daripada terus berleluasa di muka anda.

Bersihkan Wajah Dengan Betul

Pertama sekali, untuk mendapatkan wajah yang berseri, anda perlu membersihkan keseluruhan wajah anda dengan betul. Pembersihan muka ini perlu dilakukan secara rutin. Paling elok adalah sebanyak dua kali sehari.

Bersihkan wajah anda setelah bangun tidur dan sebelum tidur. Untuk hasil yang berkesan, pilih pembersih muka yang berlabel yang bersesuaian. Produk yang mempunyai label tertentu ini sememangnya mengandungi bahan-bahan untuk membantu kulit anda dengan lebih baik.

Selalu Gunakan Pelembap

Langkah ini juga sangat perlu dilakukan sekiranya anda inginkan kulit yang berseri tanpa masalah jerawat. Pelembap memiliki peranan penting dalam menjaga kelembapan wajah.

Anda juga boleh menggunakan serum yang untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan kerana ianya boleh memperbaiki masalah kulit anda. Pilih serum yang mempunyai kandungan vitamin C kerana ia boleh meningkatkan sistem imunisasi anda.

Muka yang berminyak akan menyeimbangkan lagi minyak di muka anda setelah memakai pelembap muka. Dengan memakai pelembap muka juga akan membuatkan solekan anda tahan lebih lama. Tak perlu lagi touch up banyak kali.

Jangan Lupa Untuk Gunakan Sunscreen/Sunblock

Sinaran cahaya matahari sememangnya salah satu punca warna kulit menjadi gelap atau hitam. Kulit muka terbakar tanpa kita sedari setiap kali kulit anda tidak dilindungi oleh sunscreen atau sunblock.

Tambahan pula, Malaysia sendiri yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai tempoh beberapa hari dengan tiada langsung cahaya matahari membuatkan kulit anda terdedah kepada cahaya matahari setiap hari.

Oleh itu, seelok-eloknya anda mengaplikasikan sunscreen atau sunblock ke wajah anda dan leher sebelum keluar melakukan aktiviti di luar rumah.

Biasakan Mengeksfoliasi Wajah

Ramai orang rajin membasuh wajah mereka tetapi masih merasakan wajahnya kurang berseri dan kotor. Ini kerana sel kulit mati yang masih terdapat di kulit dan tidak dapat dibuang dengan hanya membasuh menggunakan pembasuh muka sahaja.

Jadi, untuk menjadikan kulit wajah anda berseri adalah dengan menggunakan scrub muka yang dapat mengeksfoliasi sel kulit. Seelok-elok scrub adalah scrub yang mempunyai beads yang halus untuk mengelakkan kulit daripada rosak.

Scrub ini juga dapat membuang blackhead dan whitehead di muka anda. Gunakan satu ke dua kali seminggu. Jangan terlalu kerap menggunakan scrub muka.

Selain itu, penggunaan peeling gel juga memainkan peranan yang penting untuk menghilangkan sel kulit mati. Ianya berfungsi lebih kurang seperti scrub dan gunakannya satu ke dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Wapkan Muka

Mewapkan muka adalah salah satu cara untuk menyingkirkan kotoran pada wajah anda. Wap juga baik untuk menghindari pori-pori tersumbat dan jerawat.

Bagi pemilik wajah yang berminyak, wap boleh dilakukan setiap hari. Manakala bagi yang berkulit kering, lakukannya seminggu sekali. Lakukannya selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, barulah menggunakan masker muka.

Rajin Gunakan Masker Muka

Jangan lupa untuk gunakan masker muka kerana ianya dapat membantu untuk membuat tona kulit wajah anda menjadi lebih selari. Anda boleh menggunakan bahan seperti tomato, timun, lemon, strawberry, madu dan yogurt yang sangat terkenal untuk membuatkan kulit nampak berseri.

Ataupun anda juga boleh menggunakan sheet mask atau masker berbentuk krim yang sudah tersedia di pasaran. Buat rutin ini dua ke tiga kali seminggu untuk dapatkan hasil yang maksimal.

Jangan Garu Atau Picit Jerawat

Jangan sesekali anda picit jerawat-jerawat yang merah-merah di muka anda. Ia tidak akan keluar. Kalau dipicit, ia akan menekan masuk lebih dalam malah akan merebak.

Tangan kita pula penuh dengan bakteria dan ia akan membantu menyebarkan lagi bakteria jerawat ke mana-mana kawasan muka.

Jangan terlalu suka untuk menyentuh muka anda. Ini kerana ia akan mendatangkan masalah pada kulit muka anda. Kalau berpeluh atau kulit berminyak, ambil tisu dan tepek-tepekkan di muka.

Elakkan Makan Makanan Yang Berminyak, Bergula Dan Bergaram

Makanan di Malaysia ini memang susah nak dapatkan yang tidak berminyak. Jadi, kurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Kurangkan makanan yang bergoreng kerana ianya boleh meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.

Makanan yang manis juga akan membuatkan kandungan gula dalam badan meningkat dan menjadikan kulit kering. Untuk mengurangkan jerawat, perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalkan juga meminum air suam dan air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Selain itu, amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar. Memakan makanan yang berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad dan jus buah-buahan segar juga dapat membantu penjagaan kulit anda.

Elakkan juga makan makanan yang anda alergik kerana ianya mungkin akan membuatkan kulit anda gatal-gatal dan seterusnya ditumbuhi jerawat.

Tidur Yang Cukup

Mesti ramai yang abaikan tips ini. Ramai tak tahu bahawa kulit kita diperbaiki semasa tidur. Semasa badan kita sedang nyenyak tidur, kebanyakan daripada kita mengalami kenaikan dalam hormon tumbesaran yang membantu memulih, membina semula dan memperbaharui sel kulit.

Sel kulit juga akan tumbuh semula dengan lebih cepat pada waktu malam antara 11 malam sehingga 4 pagi. Jadi manfaatkan waktu tidur anda sebaik mungkin kerana ianya bukan sahaja dapat menjaga kesihatan badan anda malah kulit anda juga.

Elakkan Stress

Dalam hidup ini kita memang tidak akan pernah lari daripada masalah. Ianya merupakan sebahagian daripada ujian Allah SWT kepada hamba-hambanya. Bila ada masalah, kita mesti akan stress.

Cuba bawa berbincang untuk mengatasi masalah tersebut. Komunikasi adalah sangat penting untuk menyelesaikan masalah. Jangan dipendam masalah seorang diri kerana jika anda stress ia akan mempengaruhi kulit anda.

Itulah dia sedikit sebanyak tips untuk dapatkan kulit yang berseri tanpa masalah jerawat. Bila wajah kita bersih tanpa sebarang masalah, barulah kita mempunyai keyakinan diri untuk keluar dan berdepan dengan orang.

Wajah merupakan aset yang penting bari setiap manusia. Oleh itu, pentingnya untuk kita menjaga wajah dengan cara yang tertib dan teratur supaya wajah kelihatan lebih berseri.

Open chat